eJawatan adalah satu sistem pengurusan permohonan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah. Persekutuan Kuala Lumpur yang akan membantu pihak pengurusan (MAIWP)
untuk menguruskan permohonan dan pihak luar untuk membuat permohonan jawatan. Sistem ini dibangunkan berasaskan web sepenuhnya dan mempunyai beberapa fitur yang mesra pengguna.
Antara fitur-fitur yang terdapat di dalam eJawatan adalah:
1. Kemudahan saringan secara terus atau mengikut medan
2. Jejak audit permohonan dan audit log sistem
3. Mempunyai notifikasi untuk maklumat transaksi (Contohnya, penghantaran emel bagi pengguna baru bagi mendapatkan kata laluan)
4. Kemudahan kemaskini dan menyimpan data
5. Kemudahan menjana dan mencetak laporan atau statistik
6. Akses mengikut peranan
7. Keselamatan data dan dokumen
8. Kemudahan muat naik dan muat turun fail
Anda boleh mendaftar pada halaman utama laman E-Jawatan MAIWP dengan memasukkan nama, nombor kad pengenalan, no telefon bimbit dan email anda kemudian tekan butang daftar. Setelah mendaftar, email dari MAIWP akan dihantar kepada anda disertai dengan no kad pengenalan dan kata laluan.
Jika anda lupa kata laluan anda, anda boleh memilih pautan lupa kata laluan dia halaman log masuk sistem E-Jawatan MAIWP. Kata laluan akan dikemaskini dan email kata laluan baru akan dihantar kepada anda. Anda boleh mengemaskini kata laluan setelah anda log masuk ke dalam sistem.
Maklumat utama yang perlu diisi untuk memohon jawatan melalui sistem E-Jawatan MAIWP ialah maklumat peribadi anda, maklumat persekolahan dan pengesahan mengenai maklumat yang anda telah isi di dalam sistem.
Akta Perlindungan Data Peribadi mendefinasikan data peribadi sensitif sebagai maklumat tentang
kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan
agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya. Selain itu, perlakuan atau penyataan
perlakuan apa-apa kesalahan seseorang individu juga adalah data peribadi sensitif.
Sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah
dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi. Beberapa contoh data boleh dianggap
sebagai data peribadi selagi seseorang individu yang masih hidup boleh dikenalpasti daripada
maklumat atau data tersebut:
1. Nama dan alamat
2. Nombor kad pengenalan
3. Nombor pasport
4. Maklumat kesihatan
5. Alamat e-mel
6. Gambar
7. Maklumat dalam fail peribadi
Jika terdapat sebarang ralat pada sistem, anda boleh menghubungi pihak MAIWP di:
Email: ejawatan@maiwp.gov.my atau
Telefon: 03-4047 9444
Email: ejawatan@maiwp.gov.my atau
Telefon: 03-4047 9444